Dalam ucapannya, beliau menyarankan agar warga USM perlu melakukan perubahan seperti maju, berani, agresif, dan sebagainya dalam mendaki ke puncak program pemacuan untuk merealisasikan kecemerlangan USM sebagai universiti di Malaysia yang pertama yang mendapat julukan APEX. Dari sini kita sudah dapat lihat bahawa USM mendapat kepercayaan penuh sebagai universiti penyelidikan dam mampu bersaing dengan universiti-universiti terkemuka yang lain seperti UM, UPM, dan sebagainya.
Beliau juga menyarankan supaya satu anjakan paradigma perlua dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun ini bagi memastikan perjalanan transformasi dapat dilakukan seperti yang dipertanggungjawabkan. Anjakan paradigma ini perlu dilaksanakan supaya ia dapat memperkukuhkan asas dalam merelisasikan aspirasi APEX. Secara tidak langsung hal ini dapat mengubah status quo walaupun kita mungkin akan berhadapan dengan pelbagai risiko dan cabaran sepanjang pelaksanaannya. Hal ini amat penting dalam memastikan perubahan yang berlaku menjamin kecemerlangan USM sebagai universiti berstatus APEX.
Sekiranya tidak berlaku perubahan hal ini mungkin akan mewujudkan situasi "paradigm paralysis". Hal ini bermakna, keadaan ini hanya akan merugikan kita sedangkan kita berasa mampu melakukan perubahan ini. Di samping itu, warga USM tidak seharusnya berharap kepada tali kebergantungan semata-mata daripada pihak lain kerana sebagai universiti yang berstatus APEX, USM tidak seharusnya mengharapkan bantuan daripada pihak lain untuk melaksankan agenda ini.









