Isnin, 19 April 2010

GLOBAL PULSE 2010




MANFAAT TEKNOLOGI SECARA BIJAK...

Dewasa ini kita hidup di kelilingi oleh teknologi yang pelbagai terutamanya melibatkan teknologi maklumat dan komunikasi yang kita sebut sebagai ICT. Kalau kita tengok remaja khususnya, mereka melengkapkan diri dengan pelbagai gajet seperti iPOD, GPS, PDA, DigiCam, telefon bimbit, dan sebagainya.

Kewujudan telefon bimbit yang mempunyai gabungan fungsi peralatan yang disebut tadi memudahkan lagi pengguna untuk memanfaatkan setiap teknologi yang ada. Ditambah pula, dengan kemudahan internet yang agak mudah dan murah untuk dicapai, manusia semakin galak memanipulasi teknologi untuk memudahkan perjalanan hidup seharian. Kadang-kadang, sampai tahap kita akan rasa hidup kita tak lengkap apabila tiada kemudahan internet di sisi. Pada hal sebelum internet wujud, kita boleh sahaja menjalani hidup dengan lancar seperti biasa.

Satu lagi perkara yang popular dalam kalangan remaja sekarang adalah laman sosial internet. Hari ini ada pelbagai laman sosial yang menawarkan pelbagai item yang menarik pelayarnya seperti FACEBOOK, TWITTER, FRIENDSTER, dan lain-lain. Laman sosial sebegini diwujudkan dengan tujuan yang baik bagi menambah kenalan serta memudahkan kita berhubung dengan kawan-kawan yang sedia ada. Namun penggunaan secara tidak terkawal dan cermat boleh mendatangkan kesan buruk. Keghairahan kita berkongsi maklumat peribadi boleh mengundang padah sekiranya maklumat tersebut jatuh ke tangan yang salah. Penjenayah juga boleh mengambil kesempatan untuk memanipulasi maklumat tersebut untuk tujuan jenayah. Malah terdapat juga kes, di mana pekerja dibuang kerja kerana didapati mengutuk atau mencerca majikan di laman sosialnya.

Sebahagian ulama Indonesia pernah mengeluarkan fatwa mengharamkan laman FACEBOOK kerana penggunaannya secara berlebihan boleh membawa kesan buruk apabila terdapat individu yang seolah-olah ketagih melayari laman tersebut sehingga melupakan urusan kehidupan di alam maya.

Sebagai manusia yang diangkat sebagai KHALIFAH ALLAH di muka bumi, kita harus bijak memanfaatkan teknologi. Janganlah pula kita yang terperangkap dengan dunia maya cipataan kita sendiri sehingga mendatangkan kesan buruk kepada kehidupan sebenar kita di alam hakiki.

0 ulasan:

Catat Ulasan